Khamis 26 Mei 2011, dalam mesyuarat MBJ petang tadi (2.30-4.00ptg) , sukacita dimaklumkan kepada semua warga akademik mengenai respon pihak pengurusan universiti terhadap 2 usul PKA:
i- Usul pertama- pelaksanaan pekeliling perbendaharaan berkaitan penggunaan alat telekomunikasi kepada staf DS53/54 keatas tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini kerana tiada dalam perancangan bajet universiti. Bajet hanya akan dipohon pada tahun 2012. Sekiranya diluluskan oleh perbendaharaan ia hanya akan dilaksanakan pada tahun 2013.
ii-Usul kedua- mengenai Educational Privilege kepada suami/isteri dan anak staf menyambung pengajian di UTM dengan kadar potongan yuran, pengurusan universiti berpandangan usul ini rasional dan munasabah. Mesyuarat memutuskan pejabat Pendaftar dan Bendahari memperhalusi cadangan ini khususnya berkaitan Implikasi Kewangan. Maklum balas dan kertas cadangan akan dikemukakan dalam MBJ akan datang.
Kepada semua warga akademik dan bukan akademik pastikan anda bersama PKA dan berdoa supaya 2 usul ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
PKA BERSAMA ANDA. PASTIKAN ANDA JUGA BERSAMA PKA
PM Dr Aminuddin Ruskam al-Dawamy
YDP PKA
USUL PKA DALAM MESYUARAT BERSAMA JABATAN
(26 Mei 2011)
1. Pelaksanaan Pekeliling Perbendaharaan BIL.4 Tahun 2009
i. Memohon pertimbangan universiti untuk melaksanakan pekeliling perbendaharaan BIL.4 Tahun 2009 (KK/BP(S)DS10/656/2/3/(SK.1/2008)(6) berkaitan dengan Peraturan Mengenai Kemudahan Alat Telekomunikasi Mudah Alih.
ii. Pekeliling ini memperuntukkan kemudahan alat telekomunikasi mudah alih kepada semua Professor Madya gred DS53/54 dan Professor gred khas C ke atas dengan nilai RM1000 dan caj bulanan RM200.
iii. Mempertegaskan pekeliling ini telah dilaksanakan di UKM, universiti-universiti penyelidikan dan di beberapa IPTA lain.
2. Keistimewaan Potongan Yuran Pengajian (Educational Privilege)
i. Memohon pertimbangan universiti untuk memberi keistimewaan atau potongan bayaran yuran pengajian kepada isteri/suami dan anak staf yang mengikuti pengajian sepenuh masa (program perdana) dan separuh masa (program SPACE) di UTM dengan kadar yuran pengajian perdana. Amalan ini (keistimewaan /privilege) telah diperuntukkan dalam perlembagaan UIAM dan digunapakai sehingga sekarang. Bagi pelaksanaannya di UTM kadar yuran yang dicadangkan oleh PKA adalah seperti berikut:
Pergajian——————Yuran Perlu Dibayar
RM10,000 ke atas 70%
RM5,000 – RM9,999 50%
Dibawah RM5,000 25%
ii. Memohon pertimbangan universiti memberi peluang atau laluan khas kepada anak staf yang memenuhi kelayakan menyambung pengajian dalam program perdana di UTM.
iii. Memberi peluang kepada suami/isteri dan anak staf yang memperolehi kadar kelayakan minima menyambung pengajian di SPACE UTM dengan kadar yuran pengajian perdana mengikut formula yang dicadangkan.
Leave a Reply