Aslkm. alhamdulillah kami baru sampai 10.00mlm) dari mesyuarat dengan KPT di PICC. Maaf lambat hantar laporan. maklumlah hp lama no iphad @ iphone. berikut kami laporkan untuk makluman teman2.
1- Sidang mesyuarat MAAC dengan KPT sedang berlangsung. Turut hadir dalam sidang hari ini (5 Jan 2012) ialah Presiden Ceupacs Dato Omar Osman dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Dato Rujhan Mustaffa bersama Presiden, T. Presiden persatuan-persatuan kakitangan akademik 20 IPTA hadir. Mesyuarat bermula jam 9.00am.
2-Peringkat pertama mesyuarat adalah sumbang saran berakhir pada jam 11.00am. Prof Rujhan meninggalkan mesyuarat untuk berjumpa dengan menteri untuk memaklumkan beberapa perkara hasil dari mesyuarat.
3-Peringkat kedua bermula jam 11.30am, mesyuarat disambung semula. Prof Rujhan kembali semula pada jam 12.00thg menyertai mesyuarat. Menurut pfof rujhan menteri telah bersetuju dengan 2 tuntutan iaitu point (1 & 4) untuk diambil perhatian dan tindakan segera. (tempoh 3 bulan semakan)
4-Antara rumusan keseluruhan mesyuarat adalah seperti berikut:
RESOLUSI MESYUARAT PEMANTAPAN SKIM PERKHIDMATAN UNIVERSITI – ISU SBPA
5 JANUARI 2012, PICC
Majlis Persatuan/Kesatuan Akademik Malaysia yang terdiri semua pensyarah di 20 IPTA Malaysia berjumlah seramai lebih kurang 29000 orang bersetuju sebulat suara mengusulkan perkara-perkara berikut:
1. Prinsip peralihan tangga gaji untuk gred 54 ke bawah (DS45-54) dalam skim perkhidmatan universiti termasuk skim DS, DM, DU dan DUG.
– SBPA dilihat bersifat TIDAK menghargai kesarjanaan dan MENEGASKAN supaya pemindahan tangga gaji yang selaras dengan prinsip perpindahan gaji tangga ke tangga serta mengambilkira KESARJANAAN dan KEKANANAN.
2. Menambahkan wakil akademik sekurang-kurangnya 3 orang dalam MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN (MBK) Pengurusan & Profesional tanpa kekangan gred.
3. Mewujudkan satu MBK khusus iaitu MBK Akademik.
4. Mengadakan pertemuan dengan YAB Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bagi mengusulkan prinsip peralihan tangga gaji yang saksama dalam masa terdekat.
5. Mempertimbangkan pemberian insentif berdasarkan status universiti atau kepakaran untuk pelaksanaan pemberian insentif di bawah SBPA 2013.
6. Pemberian opsyen dalam surat tawaran SBPA adalah muktamad dalam kertas opsyen PERLU DIUBAH
dengan memasukkan klausa sehingga selesai rundingan ATAU Surat tawaran opsyen baru dikeluarkan
setelah selesai perundingan.
7. Kakitangan akademik diminta menandatangani surat opsyen tanpa maklumat yang lengkap.
Presiden PKA
Leave a Reply