Presiden PKA PM Dr Aminuddin Ruskam al-Dawamy telah dijemput mempengerusikan perbincangan meja bulat (round table discussion) mengenai “Peranan Institusi Pengajian Tinggi Dalam Isu Sains Halal” pada 17 Nov 2011 di dewan al-Marbawiy Fakulti Tamadun Islam. Sesi pertama melibatkan perbincangan berkaitan “Conceptual Frame of Fiqh Science and Technology” oleh Prof Emeritus Datuk Osman Bakar dan Prof Dato’ Dr Mohd Yusof Hj Othman membincangkan tajuk “Sains Tauhidik: Apa & Mengapa”
Turut serta dalam perbincangan ini ialah Dato’ Hj Mohammed Alauddin Che Hassan (VP of DPMM), Dr Suhaimi Abd Rahman (Head of Policy Laboratory Halal Management), Dr Banchong Withayametha (Chulalongkon University), Dato’ Wan Muhammad Dato’ Sheikh Ab Aziz (Mantan CEO JAKIM) dan Profesor Dr Roji Sarmadi (Research Dean Research Alliance)
Leave a Reply