Pembebasan Al-Aqsa adalah tanggungjawab seluruh ummat

Selepas kunjungan En Ahmad Abu Ayeish AlNajjar dan En Anwar Mosa ke pejabat TNCA&I Prof Dr Azrai Kassim, deligasi bersalat jamaah bersama staf dan pelajar-pelajar di masjid Sultan Ismail UTM (MSI). Dengan kerjasama Persatua Akademik UTM dan MSI, satu ceramah ringkas dapat dijalankan selepas solat zuhur. Program ini telah dijalankan pada 9 Nov 2011 (Rabu)

En Ahmad menekankan peri pentingnya seluruh ummat Islam berganding bahu bersama NGO-NGO antarabangsa untuk memberi tekanan kepada Israel yang selama ini bertindak di luar pri kemanusiaan. Kezaliman Israel perlu dihentikan dan sokongan terhadap kepimpinan Hamas yang jelas memberikan banyak hasil di dalam perjuangan di Palestin semenjak Inifadah dilancarkan pada 1987. Keberkatan bumi Ambiya’ Palestin dapat dirasai oleh para penduduk Palestin walaupun mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai kesakitan, kecederaan, kehilangan kemudahan hidup dan kehilangan saudara-mara yang tersayang.

“Jika anda menolong para mujahid, anda juga adalah mujahid” jelas En Ahmad. Perjuangan di Palestin adalah perjuangan seluruh ummat, kerana kita semua menginginkan pembebasan Masjidil Aqsa dari cengkapan Zionis Yahudi. Kini keadaan di Masjidl Aqsa masih terkepung dan sukar bagi umat di dalam Palestin mahupun di luar Palelstin untuk menziarahi Masjid Al-Aqsa. Pelbagai kaedah digunakan Israel untuk menghalang umat dari datang bersembahyang. Sekeliling kawasan semakin dirampas dan dibina penempatan pendatang haram Yahudi. Pelbagai bangunan dan perniagaan dibangunkan untuk menghilangkan keaslian Masjid yang suci. Usaha-usaha menukar landskap dan ciri-ciri sekeliling masjid terus dijalankan rejim zionis itu.
Anda boleh menghulurkan bantuan kewangan melalui ngo-ngo di Malaysia seperti Aqsa Syarif bagi membantu rakyat Palestin yang tidak rela menyerahkan walau seinci bumi Palestin kepada Israel, Namun Israel menggunakan berbagai tektik dan peraturan bagi mencapai hasrat mereka.

Anak-anak di Palestin perlu dibantu agar mereka terus hidup dan dapat membina keupayaan dalam ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk terus berjuang di Palestin. Umat Islam berdosa jika membiarkan mereka kesaorangan menentang Yahudi. Mereka perlu bantuan kerana Israel mengepung Gaza dengan barisan tentera-tentera serta sentiasa membuat pemantauan di darat, laut dan udara. Penduduk Tebing Barat pula dikepung dengan konkrit yang tingginya sehingga 30 kaki sehingga menyukarkan pergerakan penduduk dan anak-anak ke sekolah.

Kepungan terhadap Gaza mesti segera dipecahkan !, Gaza perlu diberi hak untuk mendapatkan keperluan asas. Ramai mangsa-mangsa peperangan yang perlukan rawatan dan pusat rehebilitasi. NGO-NGO di Gaza seperti Emaar For Development & Rehabilitation Gaza (En Anwar Mosa sebagai director turut hadir di Masjid) adalah diantara NGO kemanusiaan yang aktif di dalam menyumbang dan merancang program pembangunan semula masyarakat melalui pelbagai program yang perlukan bantuan kewangan. Aqsa Syarif telah menyediakan dana untuk bantuan Micro Credit Qardhul Hassan yang kini sedang giat dijalankan di Khanyounis.

Ceramah sekitar 45 minit itu telah memberikan gambaran terkini termasuk usaha-usaha orang Gaza yang terpaksa membawa barang-barang keperluan melalui terowong yang mereka bina sebagai langkah menghindarkan keadaan kebuluran di Gaza.

Selesai ceramah, perjumpaan ringkas diantara wakil Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi Palestin dengan dengan pelajar-pelajar Palestin yang sedang menuntut di UTM Skudai. Mereka kelihatan gembira dengan kesempatan tersebut. (ikhsan dari agsa syarif johor)


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *