“Aku memenuhi panggilanMu ya Allah, aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu, tiada sekutu bagiMu,
aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujaan dan ni’mat adalah milikMu, begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu.”
Kepada Semua Warga Akademik UTM Yang menunaikan Ibadah Haji Tahun ini 1432. Selamat Menunaikan Ibadah Haji, Selamat Beribadah Semoga Anda Digolongkan Sebagai Tetamu Allah Yang Dijanjikan Dengan Ganjaran Hari Mabrur
Wasilah untuk mencapai haji mabrur adalah dengan meluruskan motivasi (niat) dan menanamkan keikhlasan serta ketawakkalannya semata-mata kerana Allah SWT.
Ciri Haji Mabrur terserlah dari maksud sabda Rasulullah saw,
“Barang siapa yang keluar melaksanakan haji, kemudian dia menjaga perkataannya dari hal-hal yang kotor (rafats) dan tidak berbuat kefasikan, maka ia datang ke dunia ini seperti bayi yang baru dilahirkan dari rahim ibunya.” (HR. Bukhari) Keutamaan haji mabrur adalah:
1.Para hujjaj menjadi tamu kehormatan Allah
2.Doanya di kabulkan Allah
3.Perbelanjaan untuk ibdah haji diganti Allah dan dilipatkan 700 x lipatan
4.Dihilangkan kefakirannya
5.Mendapatkan lipatan pahala tanah haram sampai 100.000 lipatan kebaikan
6.Boleh berdo’a di tempat tempat mustajab seperti, multazam, sofa, marwa, arrafah.
7.Boleh melihat dan membuktikan tempat tempat bersejarah Islam
8.Pahala haji mabrur dalah surga
Ciri orang yang hajinya mabrur adalah :
1.Ibadah haji menepati tuntunan Qur’an dan hadist
2.Ibadah tidak dicampuri dengan bid’ah
3.Setelah haji berhati hati dalam urusan dunia 4.Ghairah dan bersemangat dalam urusan ibadah
5.Demawan dan gemar bersedekah
6.Baik ucapannya
7.Menghindari kemungkaran dan kemaksiatan
8.Ringan menolong dan membantu
9.Baik ahklak dan budipekerti 10.Infaq dan mewaqafkan fikiran, diri, masa, tenaga dan harta untuk Islam
Alangkah ruginya sekiranya kita melakukan ibadah haji dengan bersusah payah, menggunakan banyak pengorbanan fizikal dan material, namun kemabrurannya hilang kerana kesalahan matlamat yang salah dan niat yang tidak betul, seperti menzahirkan riak, membangga-banggakan diri, takabur, sombong, dan sebagainya.
Taniah Kepada Dr Abd Rahman Tamuri . Tahniah Kepada Anda Semua Yang Terpilih Menjadi Tetamu Allah
Salam Untuk Para Hujjaj
Prof Madya Dr Aminuddin Ruskam al-Dawamy
Presiden PKA 2010
Leave a Reply