Assalamualaikum wrt.
Semalam (Jumaat 15 April 2011-) adalah hari bahagia yang penuh makna kepada Dr Fatin Alia Phang iaitu wakil PKA dari fakulti pendidikan. Beliau telah melangsungkan pernikahan dengan saudara Jay Suman yang juga merupakan graduan UTM.
Majlis yang penuh keceriaan untuk meraikan kedua mempelai turut dihadiri oleh keluarga dari kedua belah pihak. Turut serta meraikan ialah rakan fakulti dari fakulti Pendidikan, fakulti Tamadun Islam, ahli IKRAM & CRS (Comparative Religious Study).teman2 dan sahabat handai. Majlis akah nikah yang bermula jam 9.45pg diakhiri dengan bacaan doa oleh YDP PKA PM Dr Aminuddin Ruskam. Para tetamu turut dijamu dengan nasi baryani.
Warga PKA mengucapkan BARAKALLAHU LAKA WABARAKA ALAIKUMA. Semoga rumahtangga yang dibina diberkati Allah, dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat dikalangan anak2 yang soleh dan solehah. Amin Ya Rab.
Leave a Reply