Assalamualaikum wrt
Sukacita dimaklumkan mesyuarat MBJ telah berlangsung semalam. (21/3 diawalkan dari tarikh 23/3). Antara yang hadir mewakili persatuan ialah Presiden KKA, YDP PERTISAS, YDP PKA. Turur hadir ialah Pendaftar, Pustakawan dan Timbalan-timbalan Pendaftar. Mesyuarat di Pengerusikan ole Dato’ Naib Canselor. Antara isu yang ditimbulkan dalam mesyuarat semalam ialah:
i. Harapan Dato’ NC agar persatuan-persatuan membantu universiti menjayakan matlamat menonjolkan UTM sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang menerajui aktiviti penyelidikan, rekacipta dan inovasi di Malaysia.
ii. Menjelaskan kedudukan kewangan tabung endowmen yang kini telah mencapai 15juta dari 20 juta yang menjadi sasaran pada tahun 2011. Turut dibincangkan ialah penyelarasan taklimat tabung endowmen untuk semua persatuan.
iii.Perhimpunan bulanan bersama NC. Mesyuarat mencadangkan setiap persatuan menjemput ahlinya menghadiri perjumpaan tersebut
iv.Global Outreach Program yang memberi peluang kepada staf bukan akademik melawat universiti-universiti luar negara. Peruntukan yang telah diluluskan ialah 1.2juta.
iv.Usul PKA mengenai skim perhidmatan dan kenaikan pangkat. Pada dasarnya NC dan Pendaftar bersetuju agar staf akademik DS 45 yang berumur 40 keatas diberikan perhatian khusus untuk kenaikan ke DS52. Ia merupakan berita baik kepada staf akademik yang telah berhidmat melebihi 15 tahun di UTM.
v. Pertemuan dengan pengurusan (Pendaftar & TNCA) dengan staf akademik DS45 akan diadakan pada waktu terdekat. Masa yang dicadangkan ialah pertengan bulan April.
PM DR Aminuddin Ruskam al-Dawamy YDP PKA 2010-2012
Leave a Reply