Assalamualaikum wrh wrt
Pertemuan ini telah berlangsung semalam (21/2/11) jam 4.00pm.Oleh kerana Pendaftar ada mesyuarat penting, pertemuan ini diawalkan dari jadual asal 22/2/11 (8,30am). PKA diwakili oleh YDP PKA PM Dr Aminuddin Ruskam, PM Dr Zakaria Mohd Yusuf dan Dr Abd Rahman Tamuri. Pejabat Pendaftar diwakili Tuan Hj Wan Zawawi & Tuan Hj Hassan Husin.
Isu yang dibincangkan ialah:
i- Status pensyarah DS 45-diperjuangkan untuk kenaikkan ke DS52 mengikut
seniority
ii- Status pensyarah yang memiliki Ph.D ke DS51/52
iii- Status tutor yang memiliki ijazah sarjana kejawatan tetap DS45
Pada asasnya Pendaftar memahami keluhan, harapan dan aspirasi warga akademik yang disuarakan oleh PKA. Dengan bidang kuasa yang ada dan kelonggaran kaedah penilaian baru PTK, Pejabat Pendaftar akan membantu proses kenaikan sebagaimana yang dibincangkan
PM DR ARDY (aminuddin ruskam al-dawamy)
YDP PKA
Leave a Reply