PERUTUSAN TAHUN BARU 2011 YDP PKA UTM

Kepada semua warga akademik, Prof, Prof. Madya, Dr, Ir, Ar, Sur, saudara/i

Assalamualaikum w.b.t

PERUTUSAN TAHUN BARU 2011 YDP PKA UTM

Kepada warga akademik, Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi Malaysia (PKA UTM) menghulurkan salam persaudaraan dan salam tahun baru  2011. Bermula dengan salam yang murni, barisan kepimpinan baru PKA sesi 2010-2012 mengajak saudara/saudari menyertai wawasan dan halatuju PKA.

Dengan keaggotaan 527 orang ahli, PKA mengadakan pelbagai aktiviti dan program untuk meniupkan semangat bekerja dalam wadah kesatuan dikalangan kakitangan akademik. Dalam usia 35 tahun PKA, ahli-ahlinya terus bergerak cergas, memertabatkan bidang akademik dalam  landasan sains dan teknologi. Dengan jaringan ‘networking’ yang baik dengan universiti, ahli-ahli PKA telah banyak memainkan peranan sebagai rakan akademik dan urustadbir yang terpuji. Manfaat dari situasi yang kondusif, PKA terus memperjuangkan hak dan kebajikan ahli dan bukan ahli.

Sejak 3 tahun ini, PKA bersama dengan 12 Persatuan dan Kesatuan Akademik IPTA Malaysia, melalui Majlis Persatuan Akademik Malaysia atau ‘Malaysia Academic Association Council (MAAC)’ terus memperjuangkan masa depan warga akademik di IPTA khususnya di UTM. Antara usaha yang dilakukan ialah PKA telah berjaya menyelesaikan masalah anomali pensyarah berikutan pertukaran daripada skim JKK kepada skim SSB, kenaikan pangkat, PTK dan lain-lain.

Antara isu yang dalam rangka perjuangkan PKA ialah:

i.    Memperjuangkan kedudukan kumpulan tutor, status pensyarah DS45 ke gred DS52 dan gred DS54 ke gred JUSA C (VK7).

Harapan PKA semua warga akademik UTM minimumnya akan bersara dengan gred DS52, manakala Profesor Madya yang tidak mendapat kenaikkan pangkat Profesor, bersara dengan tangga gaji JUSA C (VK7) walaupun tanpa gelaran Profesor. Kenaikannya dinilai berdasarkan kepada time-based promotion.

ii.   Memperjuangkan peluang pengajian kepada isteri atau suami staf akademik   melanjutkan pengajian diperingkat diploma/sarjana muda/ sarjana dan ijazah kedoktoran di UTM dengan kadar yuran istimewa.

iii. Memperjuangkan tempat pengajian atau laluan khas bagi anak staf untuk mengikuti pengajian di UTM.

iv. Memperjuangkan tempat pengajian bagi anak staf yang memperolehi kadar kelayakan minima di SPACE UTM dengan kadar yuran pengajian perdana.

v.   Memperjuangkan  peluang mendapat pekerjayaan bagi anak staf dalam  bidang akademik dan bukan akademik.

Kami turut membuka ruang kepada semua warga akademik, yang berkhidmat di kampus Skudai dan Kuala Lumpur yang jumlahnya sekitar 1,980 orang sertailah PKA. Marilah kita sama-sama menjadi ahli PKA agar persatuan akademik kita menjadi lebih kukuh, dinamik dan bermanafaat untuk semua.

Kebersamaan ahli dan kekukuhan saf kepimpinan akan menjadikan PKA lebih disegani dalam menyuarakan hak, kebajikan serta kepentingan ahlinya samaada di dalam Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ), forum di dalam dan di luar UTM. Semua tujuan ini adalah untuk memperkasa kebebasan dan autonomi akademik supaya suara dan usaha PKA didengar dan diapresiasikan. Marilah kita layarilah web pka utm di <span>http://www.utm.my/group/pka/</span><span> </span><span>dan facebook di http://www.facebook.com/pages/Persatuan-Kakitangan-Akademik-UTM/.</span> Usaha yang yang lakukan dan program-program yang dilaksanakan adalah untuk  menjadikan PKA persatuan akademik yang berwibawa dan menjadi rujukan dalam segala hal kepada pengurusan UTM dan masyarakat kampus amnya. Marilah menyertai kami dalam PKA  dengan mengisi borang keahlian yang disediakan atau secara online atau wakil PKA di fakulti anda.

Sekian Terima kasih.

Yang benar,

Prof. Madya Dr. Aminuddin Ruskam

Yang Dipertua PKA UTM

Sesi 2010-2012

KENAPA ANDA PERLU MENJADI AHLI PKA UTM?

1.    Persatuan Akademik Universiti Teknologi Malaysia (PKA UTM) adalah satu-satunya persatuan akademik yang sah, diordinankan di bawah Trade Unions Ordinance seksen 12 (1) pada tahun 1959.  Kemudian pada 13 Mac 1975 persatuan ini didaftarkan pula dalam “Daftar Kesatuan-Kesatuan Sekerja” dengan nama barunya “Persatuan Kakitangan Akademik Institut Teknologi Kebangsaan”

2.    PKA adalah badan gabungan  bersama dengan 21 Persatuan dan Kesatuan Akademik IPTA Malaysia, melalui Majlis Persatuan Akademik Malaysia atau‘Malaysia Academic Association Council’ (MAAC).

3.    PKA adalah pertubuhan resmi yang mewakili warga akademik dari kumpulan tutor, guru bahasa, pensyarah, Profesor Madya dan Profesor (tetap, sementara dan kontrak) dalam mendapatkan dan mempertahankan hak-hak berkaitan dengan pertikaian dan permasalahan tentang skim perkhidmatan kenaikan pangkat dan perjawatan dengan majikan.

4.    PKA dijemput sekurang-kurangnya 4 kali setahun oleh majikan dalam Mensyuarat Bersama Jabatan (MBJ) dimana semua permasalahan, keperluan pandangan dan cadangan berkaitan dengan hal-hal perkhidmatan kebajikan kenaikan pangkat, ketidakadilan dalam tatatertib  dan usaha-usaha pengembangan daya intelektual dan kecemerlangan akademik dibincangkan dengan Pengurusan UTM.

5.    PKA adalah ‘catalyst’ dan ‘feeder’ kepada pengurusan UTM untuk memajukan segala usaha bagi mencapai misi dan visi UTM dalam mendidik anak-anak bangsa dalam bidang sains, teknologi, ketamadunan, pendidikan dan pengurusan. Matlamatnya untuk  menjadikan mereka generasi berilmu, berkemahiran , beraklak, berhemah dan berdaya saing tinggi dalam menghadapi  cabaran globalisasi.

6.    PKA adalah wakil anda yang sah dan berotoriti dalam menguruskan dengan pihak pengurusan berkenaan dengan hak-hak ahlinya dari segi mendapat kadar upah yang adil, keselamatan pekerjaan dan masa kerja serta syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan dengan kerajaan (melalui Jabatan Perkhidmatan Awam setiap kali di adakan rundingan revise skim perkhidmatan dan gaji baru).

7.    PKA menjadi wadah resmi dalam memberikan khidmat nasihat dan pertolongan yang wajar dalam perkara-perkara berkaitan akademik, perkhidmatan dan kebajikan ahlinya.

8.    Merapatkan hubungan dan interaksi di antara ahli  dan bukan ahli,  yang bergantung dengan kemampuan kewangan dari semasa ke semasa menganjurkan program dan majlis seperti sambuatan hari raya, ceramah dan sambutan hari-hari kebesaran, seminar, bengkel, lawatan sambil belajar, acara sukan hari keluarga dan sebagainya.

9.    Mewakili warga akademik dalam pertemuan, seminar, bengkel dan kolokium yang di anjurkan oleh pusat pengajian tinggi dalam Negara serta mengatur rombongan lawatan akademik ke luar Negara.

10.   Berusaha memberikan bantuan kebajikan kepada para anggotanya yang mengalami kematian, kemalangan dan bencana mengikut kadar yang diluluskan oleh majlis kerja.

Keahlian PKA UTM terbuka kepada kakitangan akademik tetap, kontrak dan sementara dari kumpulan  tutor, pensyarah, Profesor Madya dan Profesor yang berkhidmat di Universiti Teknologi Malaysia.


Posted

in

by

Tags: