PERUTUSAN TAHUN BARU YDP PKA & JEMPUTAN MENJADI AHLI PKA UTM

Kepada semua warga akademik, Prof, Prof. Madya, Dr, Ir, Ar, Sur, saudara/i

Assalamualaikum w.b.t


PERUTUSAN TAHUN BARU YDP PKA &
JEMPUTAN MENJADI AHLI PERSATUAN AKADEMIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (PKA UTM)

Kepada warga akademik, Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi Malaysia (PKA UTM) menghulurkan salam persaudaraan dan salam tahun baru hijrah 1432/2011m. Bermula dengan salam yang murni, barisan kepimpinan baru PKA sesi 2010-2012 mengajak saudara/saudari mengimbau kembali sejarah, wawasan dan halatuju PKA.

PKA UTM pada mulanya dinamakan sebagai “Perkumpulan Kakitangan Kolej Teknikal” (Technical College Staff Association). Perjalanan persatuan ini diordinankan di bawah Trade Unions Ordinance seksen 12 (1) pada tahun 1959.  Kemudian pada 13 Mac 1975 persatuan ini didaftarkan pula dalam ‘Daftar Kesatuan-Kesatuan Sekerja’. Setelah   pendaftaran baru namanya diubah  kepada ‘Persatuan Kakitangan Akademik Institut Teknologi Kebangsaan’

Sejak dari tarikh penubuhannya sehingga sekarang, PKA telah dianggotai  oleh 527 orang ahli. Dengan keaggotaan tersebut PKA mengadakan pelbagai aktiviti dan program untuk meniupkan semangat bekerja dalam wadah kesatuan dikalangan kakitangan akademik dari pelbagai kumpulan. Dalam usia 35 tahun PKA, ahli-ahlinya terus bergerak cergas, memertabatkan bidang akademik dalam  landasan sains dan teknologi di dalam dan di luar negara. Dengan jaringan ‘networking’ yang baik dengan universiti, ahli-ahli PKA telah banyak memainkan peranan sebagai rakan akademik dan urustadbir yang terpuji. Manfaat dari situasi yang kondusif, PKA terus memperjuangkan hak dan kebajikan ahli dan bukan ahli. Berkat muafakat dan kesatuan, suara dan perjuangan PKA, hasilnya dinikmati oleh semua kumpulan warga akademik.

Sejak 3 tahun ini, PKA bersama dengan 12 Persatuan dan Kesatuan Akademik IPTA Malaysia, melalui Majlis Persatuan Akademik Malaysia atau ‘Malaysia Academic Association Council (MAAC)’ terus memperjuangkan masa depan kumpulan tutor, guru bahasa, pensyarah, doktor, Profesor Madya dan Profesor. Antara usaha yang dilakukan ialah PKA telah berjaya menyelesaikan masalah anomali pensyarah berikutan pertukaran daripada skim JKK kepada skim SSB, kenaikan pangkat, PTK dan lain-lain. Manakala isu yang masih diperjuangkan ialah kedudukan kumpulan tutor, status pensyarah DS45 ke gred DS52 dan gred DS54 ke gred JUSA C (VK7).  Diharapkan pada masa hadapan semua warga akademik UTM minimumnya akan bersara dengan gred DS52, manakala Profesor Madya yang tidak mendapat kenaikkan pangkat Profesor, bersara dengan tangga gaji JUSA C (VK7) walaupun tanpa gelaran Profesor. Kenaikannya dinilai berdasarkan kepada time-based promotion.

Diiringi salam hijrah dan semangat baru, kami menawarkan kepada semua warga akademik, yang berkhidmat di kampus Skudai dan Kuala Lumpur yang jumlahnya sekitar 1,980 orang sertailah PKA. Marilah kita sama-sama menjadi ahli PKA agar persatuan akademik kita menjadi lebih kukuh, dinamik dan bermanafaat untuk semua.

Kebersamaan ahli dan kekukuhan saf kepimpinan akan menjadikan PKA lebih disegani dalam menyuarakan hak, kebajikan serta kepentingan ahlinya samaada di dalam Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ), forum di dalam dan di luar UTM. Semua tujuan ini adalah untuk memperkasa kebebasan dan autonomi akademik supaya suara dan usaha PKA didengar dan diapresiasikan. Marilah kita layarilah web pka utm di http://www.utm.my/group/pka dan facebook komuniti dengan menaip “Persatuan Kakitangan Akademik UTM” di bahagian search facebook disusuli dengan klik butang “Like” / “Suka. Usaha yang yang lakukan dan program-program yang dilaksanakan adalah untuk  menjadikan PKA UTM persatuan akademik yang berwibawa dan menjadi rujukan dalam segala hal kepada pengurusan UTM dan masyarakat kampus amnya. Marilah menyertai kami dalam PKA  dengan mengisi borang keahlian yang disediakan atau secara online atau wakil PKA difakulti anda.

Sekian Terima kasih.

KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA
Yang benar,

Prof. Madya Dr. Aminuddin Ruskam

Yang Dipertua PKA UTM

Sesi 2010-2012


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “PERUTUSAN TAHUN BARU YDP PKA & JEMPUTAN MENJADI AHLI PKA UTM”

  1. Abd Wahab Ishari bin Mohd Hashim Avatar
    Abd Wahab Ishari bin Mohd Hashim

    Assalaamu’alaikum,

    UTMSPACE akan diperbadankan pada 1/1./11. 2 taklimat telab diberikan oleh Dekan, UTMSPACE tetapi butir terperinci masa deoan kakitangan masih lagi kabur. Kakitangan juga tak tahu hak mereka serta pilihan yang mereka ada dalam peraturan kerajaan sedia ada. Saya berharap PKA dapat mewakili kakitangan akademik secara aktif dalam merangka pilihan akan datang. Buat masa ini kakitangan hanya menunggu ditaklimatkan dan tidak dipanggil berbincang. Harap juga dapat panggil mereka yang mahir dan berpengalaman dalam pengswastaan memberi taklimat mengenai hak dan strategi untuk mendapat manfaat maksimum dari proses ini