Pendirian PKA UTM Terhadap Isu Tabung Endowmen UTM
Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera
Berikut adalah pendirian Persatuan Kakitangan Akademik (PKA) UTM terhadap isu tabung endowmen UTM:
- PKA mengambil maklum mengenai Pekeliling Pentadbiran 33/2010 bertarikh 4 November 2010 berkaitan hasrat murni universiti mengenai kepentingan tabung endowmen. Walau bagaimanapun PKA sedar keprihatinanahli ahlinya terhadap isu ini khususnya yang berkaitan dengan prinsip dan kaedah pelaksanaannya.
- PKA berpendapat kaedah pemotongan gaji staf sebagaimana yang dinyatakan dalam pekeliling tersebut adalah tidak wajar dan menyalahi amalan ‘good governance’ organisasi.
- PKA menyeru pihak pengurusan universiti menangguhkan pelaksanaan pekeliling tersebut serta meneliti semula prinsip dan kaedah pelaksanaannya.
- PKA juga meminta semua warga akademik UTM agar bersabar dan mengambil sikap positif selaras dengan dengan adab dan budaya kita.
Sekian Wassalam
Prof Madya Dr Hj. Aminuddin bin Ruskam
Yang Di Pertua
Persatuan Kakitangan Akademik UTM
Sesi 2010-2012
14 November 2010
Leave a Reply