KENAPA ANDA PERLU MENJADI AHLI PKA UTM?
- Persatuan Akademik Universiti Teknologi Malaysia (PKA UTM) adalah satu-satunya persatuan akademik yang sah, diordinankan di bawah Trade Unions Ordinance seksen 12 (1) pada tahun 1959. Kemudian pada 13 Mac 1975 persatuan ini didaftarkan pula dalam “Daftar Kesatuan-Kesatuan Sekerja” dengan nama barunya “Persatuan Kakitangan Akademik Institut Teknologi Kebangsaan”
- PKA adalah badan gabungan bersama dengan 21 Persatuan dan Kesatuan Akademik IPTA Malaysia, melalui
Majlis Persatuan Akademik Malaysia atau ‘Malaysia Academic Association Council’ (MAAC). - PKA adalah pertubuhan resmi yang mewakili warga akademik dari kumpulan tutor, guru bahasa, pensyarah, Profesor Madya dan Profesor (tetap, sementara dan kontrak) dalam mendapatkan dan mempertahankan hak-hak berkaitan dengan pertikaian dan permasalahan tentang skim perkhidmatan kenaikan pangkat dan perjawatan dengan majikan.
- PKA dijemput sekurang-kurangnya 4 kali setahun oleh majikan dalam Mensyuarat Bersama Jabatan (MBJ) dimana semua permasalahan, keperluan pandangan dan cadangan berkaitan dengan hal-hal perkhidmatan kebajikan kenaikan pangkat, ketidakadilan dalam tatatertib dan usaha-usaha pengembangan daya intelektual dan kecemerlangan akademik dibincangkan dengan Pengurusan UTM.
- PKA adalah ‘catalyst’ dan ‘feeder’ kepada pengurusan UTM untuk memajukan segala usaha bagi mencapai misi dan visi UTM dalam mendidik anak-anak bangsa dalam bidang sains, teknologi, ketamadunan, pendidikan dan pengurusan. Matlamatnya untuk menjadikan mereka generasi berilmu, berkemahiran , beraklak, berhemah dan berdaya saing tinggi dalam menghadapi cabaran globalisasi.
- PKA adalah wakil anda yang sah dan berotoriti dalam menguruskan dengan pihak pengurusan berkenaan dengan hak-hak ahlinya dari segi mendapat kadar upah yang adil, keselamatan pekerjaan dan masa kerja serta syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan dengan kerajaan (melalui Jabatan Perkhidmatan Awam setiap kali di adakan rundingan revise skim perkhidmatan dan gaji baru).
- PKA menjadi wadah resmi dalam memberikan khidmat nasihat dan pertolongan yang wajar dalam perkara-perkara berkaitan akademik, perkhidmatan dan kebajikan ahlinya.
- Merapatkan hubungan dan interaksi di antara ahli dan bukan ahli, yang bergantung dengan kemampuan kewangan dari semasa ke semasa menganjurkan program dan majlis seperti sambuatan hari raya, ceramah dan sambutan hari-hari kebesaran, seminar, bengkel, lawatan sambil belajar, acara sukan hari keluarga dan sebagainya.
- Mewakili warga akademik dalam pertemuan, seminar, bengkel dan kolokium yang di anjurkan oleh pusat pengajian tinggi dalam Negara serta mengatur rombongan lawatan akademik ke luar Negara.
- Berusaha memberikan bantuan kebajikan kepada para anggotanya yang mengalami kematian, kemalangan dan bencana mengikut kadar yang diluluskan oleh majlis kerja.
Keahlian PKA UTM terbuka kepada kakitangan akademik tetap, kontrak dan sementara dari kumpulan tutor, pensyarah, Profesor Madya dan Profesor yang berkhidmat di Universiti Teknologi Malaysia.
Leave a Reply